TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Hi kawan-kawan sekalian!! Hari ini pemikiran yang terlintas dalam minda saya adalah mengenai teori-teori pemerolehan bahasa yang pernah dipelajari masa belajar di IPG. Bagaimanakah teori-teori ini dikaitkan dengan pemerolehan bahasa kedua? Hmmm jom kita lihat. Terdapat pelbagai teori pemerolehan bahasa tetapi fokus kita untuk hari ini adalah teori behaviorisme. 

Teori behaviorisme ini telah dipelopori oleh ahli psikologi Skinner, Pavlov dan Thondike. Ahli Behaviouris ini berpendapat bahawa terdapat hubungan antara satu rangsangan dan gerak balas. Gerak balas yang betul akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Teori behaviorisme adalah salah satu pendekatan awal untuk memahami pemerolehan bahasa, termasuk pemerolehan bahasa kedua. Mengikut pendekatan ini, pemerolehan bahasa adalah hasil pembentukan tabiat melalui proses tindak balas rangsangan dan pengukuhan. Prinsip asas menurut Teori Behaviorisme adalah seperti yang berikut : 


  • Pengajaran bahasa harus menekankan latihan dan pengulangan 


Berdasarkan teori behaviorisme, pengajaran bahasa harus diberi latihan dan pengulangan yang kerap. Ia merupakan latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu : 


👉Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.


Guru boleh memberi latih tubi berulang untuk mengukuhkan pembelajaran bahasa. Contohnya, pelajar diberi latihan yang menumpukan pada pola tatabahasa, perbendaharaan kata atau frasa tertentu, dan dijangka mengulanginya sehingga murid mahir dalam topik tersebut. Kemudian, guru juga boleh memberi latihan berulang supaya menguatkan ingatan dan pemahaman. Contohnya, pengulangan frasa atau ayat dalam pelbagai konteks untuk memastikan pemahaman yang mendalam. Tambahan pula, guru juga boleh memberi penekanan terhadap teknik peniruan di mana  pelajar meniru sebutan dan intonasi penutur asli. Ini boleh dilakukan melalui mendengar rakaman audio atau video dan meniru apa yang mereka dengar.


  • Pengajaran bahasa menegaskan teknik pengukuhan 


    Teori behaviorisme ini juga menegaskan teknik pengukuhan untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, cara pengukuhan adalah seperti pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas. Pertama sekali adalah melalui teknik pujian iaitu guru memberi pujian lisan untuk jawapan yang betul. Contohnya, memberi kata pujian seperti "Itu bagus!" atau "Hebat!" apabila murid memberikan jawapan yang betul. Seterusnya, adalah pemberian hadiah atau anugerah. Guru boleh menyediakan hadiah atau anugerah, seperti pelekat, bintang atau mata, untuk setiap pencapaian tertentu. Kemudian, adalah pengukuhan sosial seperti tepukan daripada rakan sekelas atau pengiktirafan dalam kumpulan untuk menggalakkan pelajar. Contohnya, "Mari beri Ali tepukan kerana menguasai perbendaharaan kata baharu hari ini." Malahan, terdapat juga pengukuhan dalam bentuk negatif iaitu pembetulan kesilapan dan memberi denda. Contohnya, guru mengurangkan bintang dalam papan ganjaran apabila murid bercakap dalam bahasa ibunda di dalam kelas bahasa Melayu. Berkongsi satu video di sini dimana murid sangat teruja dan gembira dengan pemberian bintang oleh guru. 👇

https://youtu.be/edqyj18MVNc?si=cDMkjxqL0HlZ73SN



Rujukan 


Safaruddin, Safaruddin. 202 Jurnal Al-Qalam: Jurnal Kajian Islam & Pendidikan

  8(2): 119 35.


Schunk, Dale H. (2012). Learning Theories: An Educational Perspective. Pearson

Boston, USA. ISBN-10: 0-13-707195-7.


Ulasan

  1. Bagus.., Anda berjaya mengaitkan teori ini dengan praktikal pengajaran bahasa, menekankan kepentingan latihan dan pengulangan, serta teknik pengukuhan yang berkesan. Contoh-contoh yang diberikan sangat relevan dan membantu dalam memahami aplikasi teori ini dalam bilik darjah. Video yang disertakan juga menambah nilai visual kepada penjelasan anda.

    BalasPadam
  2. Artikel anda mengenai teori behaviorisme dalam pemerolehan bahasa kedua sangat informatif! Anda jelas menghuraikan prinsip-prinsip teori ini seperti pengulangan, teknik pengukuhan, dan pentingnya latihan dalam pembelajaran bahasa. Cara anda menyertakan contoh praktikal seperti teknik pujian dan penggunaan pengukuhan positif juga membantu membayangkan bagaimana teori ini dapat dilaksanakan dalam bilik darjah. Teruskan usaha anda dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang pendidikan!

    BalasPadam
  3. Secara keseluruhan, perkongsian ini sangat bermanfaat. Bahasa yang digunakan mudah dan jelas. Sememangnya teori behaviorisme merupakan pendekatan awal untuk memahami pemerolehan bahasa, termasuk pemerolehan bahasa kedua.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

BML 60604 : PSIKOLINGUISTIK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU