LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA
Salam sejahtera kawan-kawan !! Hari ini saya ingin berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur jati. Peningkatan penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua di dalam bilik darjah memerlukan pendekatan yang tersusun dan pelbagai untuk memastikan semua aspek pembelajaran bahasa diliputi. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan penguasaan BM sebagai bahasa kedua di dalam bilik darjah:
Menekankan penguasaan kosa Kata
Penguasaan kosa kata merujuk kepada bilangan perkataan yang diketahui oleh seseorang individu (Masrai & Milton, 2019). Kajian telah menunjukkan bahawa kosa kata yang banyak amat penting untuk menguasai sesuatu bahasa dan banyak mempengaruhi empat kemahiran utama berbahasa pelajar (Ngalawi & Zainal, 2020) serta dapat menentukan tahap pembelajarannya (Mufidah & Rohima, 2020). Guru boleh menyediakan kamus kosa kata untuk setiap murid supaya memperkenalkan beberapa perkataan baharu setiap hari masa PdPc dan murid diminta untuk mencatat perkataan bersama dengan maksudnya. Langkah ini sangat membantu dalam meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini kerana perbendaharaan kata sangat penting dalam lisan dan penulisan juga.
Menggalakkan pembacaan murid
Kepentingan kemahiran membaca dalam pengajaran bahasa merupakan asas kepada penguasaan pembelajaran bahasa (Elaine Kolker Horwitz 2007). Seseorang murid perlulah menguasai kemahiran membaca dahulu sebelum menguasai kemahiran-kemahiran lain. Saya sebagai guru bm Tahun 1 dan Tahun 2 telah menghasilkan satu modul bacaan kepada murid-murid. Mereka dikehendaki membaca satu petikan setiap hari dan mendapatkan tanda tangan daripada saya. Murid akan mendapat ganjaran jika dapat menguasai petikan itu. Melalui aktiviti ini, murid dapat menguasai pembacaan dengan lebih cepat. Guru juga boleh menyediakan pelbagai bahan bacaan dalam BM, seperti buku cerita, rencana, majalah dan surat khabar untuk murid membaca pada masa lapang.
Mengadakan PdP dalam bentuk permainan
Kajian Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare (2019) menunjukkan pembelajaran bahasa Melayu menggunakan kaedah belajar melalui bermain berupaya meningkat kemahiran bahasa dalam kalangan murid. Pada asalnya, murid yang membaca bahasa kedua ini mempunyai minat yang lebih rendah untuk mempelajarinya. Oleh itu, sebagai seorang pendidik yang kreatif kita perlulah mengintegrasikan pelbagai jenis permainan dalam PdP. Contohnya, untuk memupuk minat murid mempelajari bahasa Melayu saya akan mengadakan pelbagai permainan seperti roda impian, kuiz, dam ular, boling bahasa dan sebagainya.
Menggalakkan komunikasi murid di dalam kelas
Sebagai seorang guru bahasa Melayu kita perlulah menggalakkan murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Dalam pengalaman saya, majoriti sekolah SJKT atau SJKC akan menggunakan bahasa ibundanya apabila belajar bahasa kedua. Mereka menggunakan bahasa itu untuk pemahaman yang teliti manakala mereka hanya gagal mencapai kemahiran bertutur. Sebagai seorang guru bahasa Melayu saya akan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sahaja dalam kelas saya. Murid akan mendapat denda jika mereka tidak mengikut arahan. (teori behavioris). Contohnya, saya akan mengadakan aktiviti pembentangan (Gallery Walk) di kelas supaya dapat menggalakan mereka bertutur dalam bahasa kedua yang dipelajari.
Rujukan
Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare@Bahari. 2019. Modul Membaca Awal
Prasekolah menggunakan Nyanyian berasaskan Teori Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi
Kaedah Belajar melalui Bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1): 45-48.
Masrai, A., & Milton, J. (2019). How many words do you need to speak Arabic? An Arabic vocabulary size
test. The Language Learning Journal, 47(5), 519–536.
Mohamad Yazid Mohamad. 2017. Kekerapan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam
Kalangan Murid Cemerlang Etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu, Vol. 7, Bil. 1: 85-92.
Mufidah, N., & Rohima, I. I. (2020). Pengajaran Kosa Kata Untuk Mahasiswa Kelas Intensif Bahasa Arab:
Vocabulary Teaching for Arabic Intensive Class. Uniqbu Journal of Social Sciences, 1(1), 13–24
Zamri Mahamod, Kamilah Ayu Ab Ghani & Wan Muna Ruzanna. 2016. Penggunaan Strategi
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cina berdasarkan Sikap dan kemahiran
Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 6, Bil. 1: 38-51.
Tahniah Shaleni, anda telah memberikan pandangan yang komprehensif tentang strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur jati. Langkah-langkah seperti penekanan pada penguasaan kosa kata, penggalakan membaca, penggunaan permainan dalam pengajaran, dan penekanan pada komunikasi aktif dalam Bahasa Melayu, menunjukkan pendekatan yang holistik dan berdaya untuk memastikan pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. Pendekatan yang diintegrasikan dengan baik seperti ini penting untuk memupuk minat dan kemahiran bahasa murid secara menyeluruh.
BalasPadamTahniah Shaleni! Penulisan ini sangat informatif dan berguna untuk saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid di sekolah saya. Langkah-langkah yang diberikan sangat praktikal dan boleh diadaptasi dalam bilik darjah. Teruskan usaha yang murni ini dan semoga berjaya dalam membentuk generasi yang mahir berbahasa Melayu. Terima kasih.
BalasPadamTahniah atas usaha anda dalam menyusun langkah-langkah yang sistematik dan bermanfaat bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan murid bukan penutur jati. Pendekatan anda yang memfokuskan pada penguasaan kosa kata, kemahiran membaca, dan penggunaan permainan dalam pembelajaran adalah sangat relevan dan praktikal.
BalasPadamLangkah-langkah seperti menyediakan kamus kosa kata, modul bacaan, dan menggunakan permainan dalam proses pengajaran tidak hanya membantu meningkatkan perbendaharaan kata dan kemahiran membaca murid, tetapi juga meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan ini juga selari dengan penemuan kajian yang menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah bermain dalam meningkatkan kemahiran bahasa.
Tahniah sekali lagi atas pendekatan yang kreatif dan pentafsiran yang jelas dalam artikel anda!
Blog ini sangat bermanfaat dan praktikal! Langkah-langkah seperti penguasaan kosa kata, pembacaan, PdP melalui permainan, dan komunikasi dalam kelas jelas menunjukkan pendekatan yang menyeluruh dan kreatif. Penulis berjaya memberikan panduan yang mudah diikuti dan berkesan untuk guru-guru. Teruskan usaha yang hebat ini!
BalasPadamLangkah-langkah yang dicadangkan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur jati memang sangat praktikal dan relevan. Pendekatan yang tersusun dan pelbagai sangat penting untuk memastikan semua aspek pembelajaran bahasa diliputi. Semoga awak terus bersemangat dalam melaksanakan langkah-langkah ini demi kejayaan anak didik. Teruskan berkongsi tips dan pengalaman berguna seperti ini. Terima Kasih
BalasPadamTahniah kepada Shaleni atas satu penulisan blog yang sangat komprehnesif. Ini menunjukkan cakupan ilmu yang mendalam. Bagi meningkatkan penguasaan kosa kata murid, saya juga pernah menggunakan kamus kosa kata tersebut dalam kelas Bahasa Melayu saya. Murid mampu memahami perkataan baharu dengan bantuan visualisasi. Langkah-langkah yang diberikan oleh Shaleni sangat membantu bagi guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan pencapaian murid sekaligus kepuasan pengajaran guru.
BalasPadam