LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA
Salam sejahtera kawan-kawan !! Hari ini saya ingin berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur jati. Peningkatan penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua di dalam bilik darjah memerlukan pendekatan yang tersusun dan pelbagai untuk memastikan semua aspek pembelajaran bahasa diliputi. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan penguasaan BM sebagai bahasa kedua di dalam bilik darjah: Menekankan penguasaan kosa Kata Penguasaan kosa kata merujuk kepada bilangan perkataan yang diketahui oleh seseorang individu (Masrai & Milton, 2019). Kajian telah menunjukkan bahawa kosa kata yang banyak amat penting untuk menguasai sesuatu bahasa dan banyak mempengaruhi empat kemahiran utama berbahasa pelajar (Ngalawi & Zainal, 2020) serta dapat menentukan tahap pembelajarannya (Mufidah & Rohima, 2020). Guru boleh menyediakan kamus kosa ka...