Catatan

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

Imej
Salam sejahtera kawan-kawan !! Hari ini saya ingin berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur jati. Peningkatan penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua di dalam bilik darjah memerlukan pendekatan yang tersusun dan pelbagai untuk memastikan semua aspek pembelajaran bahasa diliputi. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan penguasaan BM sebagai bahasa kedua di dalam bilik darjah: Menekankan penguasaan kosa Kata Penguasaan kosa kata merujuk kepada bilangan perkataan yang diketahui oleh seseorang individu (Masrai & Milton, 2019). Kajian telah menunjukkan bahawa kosa kata yang banyak amat penting untuk menguasai sesuatu bahasa dan banyak mempengaruhi empat kemahiran utama berbahasa pelajar (Ngalawi & Zainal, 2020) serta dapat menentukan tahap pembelajarannya (Mufidah & Rohima, 2020). Guru boleh menyediakan kamus kosa ka...

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

Imej
Selamat sejahtera kepada wahai pembaca !!!! Sekian lama berminat untuk menulis catatan blog akhirnya sampai juga masanya. Hari ini semasa mengajar bahasa Melayu dalam kelas tahun 1 saya termenung-menung tentang bagaimana seseorang manusia dapat menguasai lebih daripada satu bahasa? Bagaimanakah kita memperolehi bahasa kedua dan apakah faktor yang mempengaruhinya? Untuk jawapan yang lebih terperinci bacalah blog ini sehingga akhir.     Pemerolehan bahasa ialah proses perkembangan bahasa manusia, iaitu manusia memperoleh keupayaan untuk memahami dan menggunakan bahasa. Melalui proses ini, kita belajar menghasilkan dan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun bukan lisan. Proses pemerolehan bahasa ini berlaku seawal usia bayi. Manakala, p emerolehan bahasa kedua pula berlaku sepanjang proses perkembangan bahasa seseorang individu. Menurut Abdullah Hassan (2007) pula mendefinisikan bahasa kedua sebagai bahasa yang dipelajari selepas bahasa p...

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Imej
Hi kawan-kawan sekalian!! Hari ini pemikiran yang terlintas dalam minda saya adalah mengenai teori-teori pemerolehan bahasa yang pernah dipelajari masa belajar di IPG. Bagaimanakah teori-teori ini dikaitkan dengan pemerolehan bahasa kedua? Hmmm jom kita lihat. Terdapat pelbagai teori pemerolehan bahasa tetapi fokus kita untuk hari ini adalah teori behaviorisme.  Teori behaviorisme ini telah dipelopori oleh ahli psikologi Skinner, Pavlov dan Thondike. Ahli Behaviouris ini berpendapat bahawa terdapat hubungan antara satu rangsangan dan gerak balas. Gerak balas yang betul akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Teori behaviorisme adalah salah satu pendekatan awal untuk memahami pemerolehan bahasa, termasuk pemerolehan bahasa kedua. Mengikut pendekatan ini, pemerolehan bahasa adalah hasil pembentukan tabiat melalui proses tindak balas rangsangan dan pengukuhan. Prinsip asas menurut Teori Behaviorisme adalah seperti yang berikut :  Pengajaran bahasa harus menekankan latihan dan...

BML 60604 : PSIKOLINGUISTIK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Imej
PENGENALAN KURSUS 👉Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teori dan isu dalam psikolinguistik, iaitu bidang yang meneliti bahasa dari sudut psikologi. 👉Topik utama berkaitan proses pemerolehan, pemahaman dan penghasilan bahasa akan dikupas dari perspektif pendidikan bahasa. 👉Antara topik yang akan diberi penekanan ialah teori pemerolehan bahasa, mekanisme dalam proses pengekodan dan penyahkodan bahasa, penyimpanan dan pengimbauan bahasa, kecelaruan bahasa dan isu-isu berkaitan kedwibahasaan.